HARGA KELAS


SILA KLIK PADA JADUAL UNTUK RESOLUSI YANG LEBIH BAIK

TERMA & SYARAT PEMBAYARAN
Sila baca dengan teliti

KONSEP PEMBAYARAN 
Segala pembayaran adalah secara 
"Bayar Dahulu Dan Belajar"  
Setelah pembayaran dibuat untuk sebulan adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menghadiri kelas tepat pada waktunya dan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak anda ke kelas tuisyen yang telah dibayar. 

Saya tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar untuk menghadiri kelas  dan tiada kelas ganti akan diadakan.

Sekiranya masalah berpunca daripada guru, maka kelas ganti akan diadakan jika majoriti ibubapa bersetuju atau wang untuk hari tuisyen tersebut akan dikembalikan jika tidak bersetuju.

Sekiranya ada ibubapa yang tidak bersetuju  mengenai kaedah pembayaran berkonsepkan "bayar dahulu dan belajar" maka pembayaran hendaklah dibuat sejurus selepas kelas dijalankan dan bukannya pada hujung bulan.   

Pembayaran yang dilakukan sejurus selepas kelas TIDAK LAYAK untuk mendapat potongan diskaun secara pakej walaupun anak anda mengambil 2 subjek atau lebih. Ini bermaksud anak anda perlu membayar pada harga sebenar kelas tuisyen seperti dalam "JADUAL HARGA KELAS" yang dipaparkan.

Sekiranya ada ibubapa ingin membatalkan terus tuisyen yang telah dibayar dan 1 kelas telah berjalan contohnya, harga kelas tersebut perlu dibayar secara penuh tanpa potongan mengikut pakej dan hanya baki dari potongan tersebut yang akan dikembalikan.

Harap Maklum

Yuran pendaftaran 
RM 10 sahaja untuk setahun bagi pelajar bukan tahun peperiksaan

RM 30 untuk setahun bagi pelajar tahun peperiksaan.
 
  
Ini adalah untuk proses penyediaan bahan pembelajaran.

Ibu bapa dikehendaki  menyediakan sendiri segala keperluan seperti buku rujukan, buku nota kosong dan buku latih tubi.

Bayaran ini tidak termasuk buku yang akan diwajibkan beli sebagai latihan tambahan di dalam kelas.


KAEDAH PEMBAYARAN

Segala pembayaran boleh dibuat secara tunai atau


Sebarang urusniaga dalam  
RINGGIT MALAYSIA ( RM ).

Pembayaran melalui pemindahan wang dari bank / ATM perlulah disertakan dengan resit.
Maklumat berikut diperlukan:

1. No.rujukan resit,
2. Tarikh,

3. Lokasi,

4. Masa transaksi dan

5. Jumlah wang yang dimasukkan

sebagai bukti pembayaran. Sila sms butiran tersebut ke talian yang tertera.

Harap maklum.


PERINGATAN PENTING !!

Sila SMS saya dengan segera setelah pembayaran dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemusykilan dan memudahkan urusan mengemaskini maklumat.


Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda melakukan kesilapan semasa pemindahan wang ke atas nama yang bukan seperti yang tertera di atas.
Pemindahan berdasarkan 5 syarat yang diberikan di atas hanya boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran yang sah.

Kerjasama anda amatlah dihargai bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan saya.