Thursday, January 24, 2013

BERITA BAIK

KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN

Kepada mana-mana badan kebajikan, badan pertubuhan atau sesiapa sahaja yang ingin membuat hebahan atau sebarang aktiviti kebajikan yang bukan berdasarkan keuntungan adalah dialu-alukan untuk dipamerkan di blog saya ini tanpa sebarang bayaran.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghubungi PENGURUSAN BLOG dan menghantar email maklumat atau butiran terperinci mengenai aktiviti tersebut kepada PENGURUSAN BLOG dan maklumat anda akan disiarkan diruangan ini.

Anda boleh menghubungi kami di ruangan " Hubungi " seperti yang tertera di atas blog.

Iklan atau maklumat anda HANYA akan dipamerkan di sini sahaja dan PENGURUSAN BLOG ini tidak menjanjikan sebarang maklum balas yang segera daripada pengunjung blog atau sebarang bantuan yang anda harapkan dari iklan tersebut daripada orang ramai.

Semoga dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan dan dapat digunakan ke jalan yang benar. InsyaALLAH.....

No comments:

Post a Comment